SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN VIRUS

SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN  VIRUS

1.                                PC  menjadi  “ hang “  selepas  dibuka .

2.                                Keupayaan atau prestasi  PC  tiba-tiba  menjadi  lembap.  Sebarang aplikasi  atau fail  yang hendak dibuka terlalu perlahan.

3.                                Keluar mesej  “Out  - of – memory error “  walaupun PC  mengandungi  ruang ingatan  yang mencukupi.

4.                                Sistem  operasi  Windows  tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini kita tidak pernah  menyentuh bahagian setting ataupun  mengubah registry.

5.                                Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan disebabkan fail-fail penting yang digunakan untuk melarikan system ini hilang secara tiba-tiba.

6.                                Ada program-program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan  berjalan dengan sendirinya.

7.                                Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.

8.                                Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.

9.                                Windows  tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.

10.                             Utiliti cakera keras, CD-ROM dan cakera liut tiba-tiba sahaja hilang.

11.                              Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.

12.                             Drive partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakera liut tiba-tiba hilang

13.                             Menerima e-mel  yang  mengandungi sisipan-sisipan  yang ganjil contohnya  mengandungi dua ekstensi.

14.                             Perisian antivirus  hilang secara tiba-tiba.

15.                             Perisian antivirus  tidak boleh diinstal.

16.                             Dialog  box  terpapar  pada skrin  secara tiba-tiba.

17.                             Sistem PC  berjalan  dengan sendirinya misalnya  tertikus  menunjukkan kesesuatu,  membuka  dan  menutup  tray CD-ROM  dan sebagainya.

18.                             Penunjuk tetikus  berubah imej dan grafik.

19.                             Ikon-ikon  ganjil  terpapar  pada system  tray  walaupun  tidak pernah  menginstal  sebelum  ini.

20.                             Muzik atau sebarang  audio tiba-tiba  sahaja dimainkan dengan sendirinya.


21.                             Saiz  sesuatu fail  berubah walaupun kita tidak mengeditnya   sebelum  ini.